Monday, June 22, 2009

aiman yang keletah


gambar aiman naik kereta atas kereta kelisa..huhuh..

Anak kesayangan abah dan umi..AIMAN HUSAINI.. Dah 2 thn lebih umur aiman..makin hari makin keletah sampai kdg2 tu kami tak kering gusi ngan telatah dia..ada je aktiviti masa lapang dia..

balik ptg td hubby aku cerita pasal telatah dia kat umah tok dia..
-hubby n abah aku dok tgk2 moto skuter yg br dibeli (2nd hand je), sbb apa tak leh nak start, check punya check rupenye takde minyak..pas buh minyak so dah leh start la..aiman yg sibuk tu pun sibuk nak naik atas skuter tu, hubby aku pun angkatla dia naik..time tu mmg enjin skuter dok pasang, tah awat gatai tgn aiman dia terpulas kunci n tertutup la enjin..hubby aku nak marah la sbb dia baru nak perangat enjin..aiman yg tau org nk marah dia terus kata.."aiman nak bagik sejuk enjin..!" kuikui tergelak hubby aku ngan abah aku..

kes semalam pulak..
aiman dok sibuk2 nak tgk aku main game kat hp abah dia..hp aku ada gak dok sebelah dia..dia nak tgk cacing katanya..(game cacing la tu dlm hp..) pastu tah camna dia terduduk atas hp aku..menyala la hp aku tu..terus aiman kata.."umi..ada mesej..!" dia bgtau kat aku dengan penuh beria2nye..huhuhu..

tiap2 kali nak ajak keluar, mesti aiman sibuk2 carikan aku tudung..kdg2 tu aku yg malas nak keluar pun terus kesian tgk dia yg dok sibuk2 cari tudung aku, suruh aku pakai..'umi pakai tudung, umi pakai tudung!
la ni pun dah pandai nyanyi tau..lagu favourite dia.."aku tak percaya CINTAAAA...!!!".Heheh..ngan lagu saya anak malaysia (tu lagu tok ayah dia ajar)..kalau dok umah tok ayah dia, ada mikrofon, so suara dia dgr kuatla, kalau kat umah aku, pandai pulak dia pi amik tupperware bekas air buat mikrofon!
pandai lak nyanyi "wonderpet..makyong dedet.." (tah versi lagu mana dia cedok)

kalau tgk aku dok terbaring mcm tak larat je, pandai lak mai picit kepala..hehhe..tanya umi nak jumpa dr tak? padahal aiman la org no 1 yg paling takut kat dr! kalau dok umah opah dia, hobi dia suka buli opah dia..sampai opah dia lari masuk bilik..tak pdn ngan 2 tahun..dh pandai buli org.

satu2nya bahagian kereta yg dia paling suka..ialah rim tayar..tah camna haritu dia bgtau rim taya keta mainan dia rim tayar 15..tah mana dia tahu tah..takdak sapa pun bgtau dia..mesti dia selalu dgr abah dia dok cakap la tu..kalau lalu kedai rim tayar kat tmn sena tu, dia akan report samada kedai rim tayar tutup or kedai rim tayar bukak..!

kalau dulu aiman xmau tido malam2, abah dia akan ketuk katil or dinding bg dia pejam mata cepat2. pastu aiman akan tanya, 'bunyi apa tu..?" abah dia kata .."tikus besaq!", terus aiman pejam mata..tp la ni kalau abah dia buat mcamtu, aiman akan tanya balik, "awat abah ketuk katil
?"hehhe dah besar permata hati aku..

No comments:

Post a Comment