Anak umi si abg aiman ni petah sungguh bercakap (n menyanyi), (lps ni kena panggil abg aiman la..nak panggil along kang sama ngan sepupu dia lak..) maybe ikut abah dia kot suka bercakap..boleh dikatakan kebanyakan lagu2 dalam hot fm tu semua dia leh hafal..menakjubkan kan otak budak2 kecik ni..surah alfatihah pun dah buleh walaupun sebutan tak jelas..hehe..tok dia la rajin ajar, doa makan n tido pun dah lama pass..
selalu opah dia rajin dok nyanyi lagu man koman kat dia.."man koman tajam batu..man bukan anak hindu.." hehe mula2 tu nak marah gak kat opah dia, yerla mmg bukan anak hindu pun..tu yg opah dia nanyi lagu tu..huuhu..3 hari lps masa opah n tok aiman pi langkawi melawat cucu2 lain, aiman bgtau umi..'umi, tok pi langkawi sbb dia 'hindu' kat usop, opah 'hindu' kat kak long..!" beria2 dia bgtau umi..hahha...rupanya anak umi ni takleh bezakan 'rindu' ngan 'hindu'..
satu lagi..kaalau org tanya abah dia keja apa..aiman kata "abah ustaz..!..ustaz yon"..haritu masa kami naik keta, dok tunggu abah aiman turun beli apa tah, aiman kata.." umi, aiman nak ustad kereta ni..!" satu lg perkataan dia konpius..ustaz yon n ustaz keta (start keta)..huuhuh..
4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL
2 years ago
No comments:
Post a Comment